Spiga

Asthma attack.know about it!

Beberapa hari lepas,opah ada di rumah untuk 1 minggu.Kali ni,turn opah untuk duduk di rumah anaknye yang ke-3 sebelum ke rumah uncle saye di Ipoh.Last saye berjumpa dgn opah rasanya tahun lepas,masa summer holiday dulu.So,Alhamdulillah,dipanjangkan umur saye dan opah,kami dapat berjumpa semula :)

Hari tu saye sembang2 dgn opah.Opah sangat semangat cerita pasal penyakit asthma dia.Hari tue die ckp,tiba2 die rase susah nak nafas,nafas pendek katanya.Dalam hati saya,mungkin opah kene asthma attack hari tue.Saye pun mengambil peluang ni utk mengaplikasikan apa yang di belajar di college.Saye start ambik history taking dengan opah.Seronok sebenarnya sebab kita dapat tau tahap ilmu kita dan yang paling penting,improve communication skills.Mungkin sebab dulu masa di Dublin,saye dah biase menggunakan bahasa english masa berckp dgn patient,tapi sekarang,saye kene belajar guna terminology2 bahasa melayu yang slalu digunakan masyarakat kita.Contohnya,tulang skapula tu namanya tulang belikat :D.

Masa opah cerita pasal asthma attack die,saye tanye apa die buat mase kene asthma attack tu?die kate,die dah nervous,taktau nak buat ape dan trus panggil mak saudara saye.Mak saudara saye terus bawak ke hospital dan doktor terus start nebulizer .Saya tergerak nak tanye opah`kenape opah tak ambik ubat picit2 kat mulut tu?(inhaler)`.Opah ckp die dah tak igt dah sbb nervous sgt.Saye mampu tergelak je.Tapi btul jugak,kadang2 bila kita panic,smua pun tak igt.

Lepas habis cerita,opah tibe2 masuk bilik.Rupanya dia nak tunjuk smua ubat2 asthma yang doktor bg kat die.ehehehe.(comel opahku).Opah nampak sgt excited sambil tunjuk smua ubat tu kat saye,siap demonstrate mcm mane nak guna inhaler tu.Saya terasa nak cerita apa sebenarnye yg berlaku bila asthma menyerang dan fungsi ubat inhaler tu.So cerita saya kat opah lebih kurang mcm ni:

Bagi yang tidak tahu atau pun yang pernah belajar tetapi sudah lupa, salur pernafasan kita bermula dr hidung dan mulut,kemudian ke bahagian larynx,trachea,bercabang kepada 2 bronchus (kira dan kanan) dan kemudian bronchioles.Pada hujung2 bronchioles inilah wujudnya alveolar(berupa bebola2 kecil) di mana proses pertukaran gas oxygen dan carbon dioxide berlaku.Udara(oxygen) yang kita nafas akan meresap masuk melalui alveolar ke dalam salur darah dan bergabung dgn sel darah merah dan dibawa ke seluruh badan.


So,apa yang terjadi bila seseorang itu mendapat asthma attack?

  • Salur pernafasan kita mengecil (bronchoconstriction)
  • Salur pernafasan kita membengkak
  • Salur pernafasan kita dipenuhi lebihan mukus
Apabila ini terjadi,salur pernafasan kita akan tersekat.Maka udara tidak dapat lalu melalui salur pernafasan dan inilah yang menyebabkan pesakit asthma merasa susah untuk bernafas.Selain itu,symptoms seperti batuk,sakit dada dan nafas berbunyi(wheezing) akan terjadi.Asthma attack boleh disebabkan oleh banyak faktor.Contohnya termasuklah:

  • Kualiti udara yang rendah
  • Merokok
  • Habuk
  • Debunga2
  • Genetik
  • Stress
  • Ubat-ubatan
  • Infeksi virus
Diantara ubat-ubatan yang selalu digunakan untuk asthma attack ialah inhaler.Fungsi inhaler ialah untuk membuka semula salur udara yang mengecil .Steroids seperti corticosteroids juga digunakan bagi mengurangkan kebengkakan pada salur pernafasan.

Walau bagaimanapun,prevention is always better than cure.Bagi yang merokok,stop smoking!Bagi yang lain,cuba pastikan persekitaran udara sentiasa bersih,tiada habuk atau pencemaran udara.Kurangkan stress dan pastikan anda tanya doktor anda tentang ubat yang anda makan,sama ada boleh menyebabkan serangan asthma atau tidak.

ok,till the next entry!

0 comments: