Spiga

Leukaemia.

Minggu lepas,saya keluar bersama kawan baik saya ke Subang Parade.Dah lama saya tak jumpa dia,sbb sebelum ni saya belajar di Dublin,die belajar di New Zealand.Cuti kami berbeza,bila saya summer,die pula winter.ehehe,nama lagi duduk di hemisphere bumi yg berbeza.Tapi,Alhamdulillah,akhirnya kami dapat berjumpa semula!

Kawan saya ni,walaupun dia bukan ambil medic,tapi die suka tgk cerita2 medical.So disebabkan die suke tgk cerita2 medical,die suke tanya saye benda2 pasal medicine.Hari tue die tanye saye pasal penyakit leukaemia.Die minta saya explain apa sebenarnya penyakit leukaemia ni dan kenape bahaya sgt?

So,briefly leukaemia ini ialah kanser darah tetapi characteristicnya ialah abnormal proliferation of the blood cells especially the white blood cells.

Bagi yang tidak tahu,komponen darah kita terdiri daripada:


  • Sel darah merah (erythrocyte)-berfungsi untuk bergabung dengan oxygen dan membawa oxygen ke seluruh badan
  • sel darah putih (leukocyte)-berfungsi dalam pertahanan badan terhadap penyakit
  • Platelet( thrombocytes) - berfungsi dalam proses pembekuan darah
Secara normal, 3 jenis sel darah ini dihasilkan oleh sum sum tulang melalui satu proses bernama haemopoeisis(proses pembentukan sel2 darah). Bilangan setiap sel darah dalam badan kita adalah tetap dan jika berlaku sesuatu masalah pada proses hemopoeisis ini, bilangan dan fungsi darah yang dihasilkan menjadi abnomal daripada yang biasa.

Dalam kes leukaemia,proses haemopoeisis ini menjadi abnormal dimana lebih banyak sel darah putih dihasilkan manakala bilangan sel darah merah dan platlet berkurangan.Walaupun banyak sel darah putih dihasilkan,fungsi sel darah putih untuk menentang penyakit tidak berada dalam keadaan yang optimum kerana sel darah putih yang dihasilkan tidak matang untuk menjalankan fungsinya.

Maka,diantara symptom2 pesakit leukaemia ialah:
  • pendarahan kerana darah tidak dapat membeku
  • mudah mendapat infection
  • anaemia-pucat,susah bernafas,cepat letih
  • sakit tulang
  • rasa loya dan pening2

Kebiasaanya,pesakit leukaemia memerlukan pemindahan sum2 tulang daripada penderma bagi memulihkan semula bilangan setiap sel2 darah di dalam badan .Selain itu,chemotherapy juga merupakan salah satu kaedah pemulihan kerana ia akan membunuh atau memberhentikan pembentukan sel darah putih yang abnormal itu.

Saye kurang pasti peratus pesakit leukaemia tapi yang penting,pesakit leukaemia perlu mendapat rawatan secepat mungkin kerana penyakit ini boleh membawa maut.

Untuk maklumat lanjut,sila rujuk doktor anda :)

2 comments:

  Shahnon

February 16, 2008 at 4:23 AM

eh saya keliru. Awak keluar dengan kawan baik awak saja kah? hari tu nampak macam ada orang lain juga.. ;;)

  myduweet

February 16, 2008 at 4:47 AM

ahahha,ada org ketiga tetapi dirahsiakan identitinya :P